Tuesday 5 November 2013

Dan lg...!!!

Dan lagi...
Cuba jugak aku hindarkan..
Tp apa aku daya?
Merancang..menyata...itukan bukan kerja aku..
Kalaulah dalam dunia ini.. Aku diperlukan membayar untuk org menyayangi aku...nescaya aku yang paling cepat diisytihar muflis.. 

Dan lagi...
Tetap jugak aku elakkan..
Tp apa aku mampu?
Memilih siapa pendamping separuh masa aku...
Meronta jugak aku untuk tidak mengenali mereka..
Hanya kerana mahu menjaga permata kurniaan Tuhan agar tidak disakiti lagi...
Namum... Dalam aku cermat mengatur segala... Aku lagi melaku khilaf..
Dan akhir... Aku jatuh..sakit sendiri tanpa apa dan siapa...

Dan lagi...
Aku mula kenal dia..
Dia yang ada dia dalam dia...
Allah... Aku disakiti tanpa izin dan sedar...
Namun kau...tidak langsung aku endahkan..
Tiada yang terpenting selain mengadu dengan Si pengilham perasaan..
Kalau aku mampu memilih rasa..akan aku pilih agar tidak tergolong dikalangan dia.. Aku sakit kerana dia..

Dan lagi...
Dan lagi...dan lagi sampai menyerah dan mengalah...!!!